PUTRAJAYA, 28 Ogos – Semarakkan Bulan Kemerdekaan….2,500 peserta menyertai “Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016” manakala 20 lagi kenderaan mengikuti “Konvoi Kembara Jalur Gemilang” di Putrajaya pagi ini.

Program anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan itu bertujuan menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.

Hadir melepaskan peserta kayuhan dan konvoi ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, semangat cintakan negara adalah tanggungjawab bersama.

Sehubungi itu, beliau menasihati semua pihak tidak mencemari bulan kemerdekaan dengan perkara yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara. – WD MY

LEAVE A REPLY