KUALA KANGSAR, 15 April – Semangat….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semangat sebagai rakyat Malaysia perlu dipupuk dengan sendirinya dalam sanubari.

Ahmad Zahid berkata, semangat sebagai anak Malaysia harus lahir dari lubuk hati tanpa paksaan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita berkongsi rasa suka dan kesedihan atas apa saja peristiwa yang berlaku di negara kita.

“Semangat sebagai rakyat Malaysia bukan hanya terpupuk secara rasmi tetapi juga┬ásecara tidak rasmi

“Peristiwa di Lahad Datu memberi kecintaan yang mendalam seluruh rakyat malah kita tahu parti pembangkang pun setuju kedaulatan negara harus dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, semangat sama turut ditunjukkan rakyat Malaysia ketika konflik antara Malaysia dan Korea Utara susulan pembunuhan lelaki negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) baru-baru ini.

“Kita ketepikan perbezaan dan harus bersatu dalam kesedihan atau bila hadapi permasalahan dari luar,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 3,000 peserta memeriahkan acara Larian Bendera Negaraku sempena karnival Ekspresi Negaraku bermula jam 7.30 pagi tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. – WD MY