PUTRAJAYA 21 Sept. – Sembilan Setiausaha Politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di Perdana Putra di sini hari ini.

Upacara angkat sumpah itu diketuai Datuk Abdul Fatah Iskandar dan Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah Mosinal @ Richard Kastum bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Joisin Romut (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau), Faizul Arby Mohd. Shohor (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin);

Manakala Datuk Wan Hamzah Wan Paie bagi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar), Ahmad Kamel Abdul Munin (Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid), Baror @ Baharul Sawi (Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak) dan Goh Choong Seng (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan).

Kesemua sembilan setiausaha politik dilantik selepas rombakan kabinet bagi memperkasakan lagi barisan jemaah kabinet. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY