KUALA LUMPUR, 25 Jun – Terima Dengan Hati Terbuka……. Ke semua pemimpin dan ahli UMNO perlu menerima keputusan pemecatan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO dengan hati terbuka.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang penting sekarang mewujudkan semula perpaduan dalam parti agar UMNO terus relevan.

“Wujud pelbagai tafsiran mengenai pemecatan itu dan keutamaan sekarang adalah kepemimpinan dan ahli parti perlu bersatu padu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun perkara itu
agak sukar diterima segelintir pihak, namun ia merupakan keputusan muktamad
Majlis Tertinggi parti.

“Memang sukar untuk menerima kewajaran itu 100 peratus tetapi apabila
keputusan telah dimuktamadkan badan tertinggi UMNO, maka keputusan itu harus
diterima dengan hati terbuka dan lapang dada.
“Ketaatan (kepada parti) adalah harga paling mahal yang perlu dibayar,”
katanya mengulas tentang pemecatan dua pemimpin utama UMNO itu.
Mereka dipecat kerana pelanggaran disiplin parti manakala Naib Presiden
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaan dalam parti.
— LAGI

AHMAD ZAHID-TERBUKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian
Hypermarket LuLu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari
ini.
Ahmad Zahid seterusnya menggesa barisan kepimpinan dan anggota
UMNO untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti bagi memastikan kelangsungan
parti.
“Saya mahu perpaduan diwujudkan semula biarpun ini agak sukar di peringkat
awal tetapi saya fikir UMNO telah melalui pelbagai era dan dugaan demi dugaan
yang mendatang,” katanya.
Justeru, katanya, kaedah penyelesaian bagi sebarang permasalahan perlu
dicari secepat mungkin agar UMNO terus relevan bukan hanya kepada anggota parti
malah kepada rakyat.
“Apabila perpaduan diperkasakan dalam parti, maka Barisan Nasional dapat
memacu dan memperkasakan perjuangan selanjutnya,” katanya yang juga anggota
Parlimen Bagan Datoh.
Kepada satu pertanyaan, Ahmad Zahid berkata: “Tiada pemilihan UMNO dalam
masa terdekat”. “Memang sukar untuk menerima kewajaran itu 100 peratus tetapi apabila
keputusan telah dimuktamadkan badan tertinggi UMNO, maka keputusan itu harus
diterima dengan hati terbuka dan lapang dada.

“Ketaatan (kepada parti) adalah harga paling mahal yang perlu dibayar,”
katanya mengulas tentang pemecatan dua pemimpin utama UMNO itu.

Mereka dipecat kerana pelanggaran disiplin parti manakala Naib Presiden
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaan dalam parti.

Ahmad Zahid seterusnya menggesa barisan kepimpinan dan anggota
UMNO untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti bagi memastikan kelangsungan
parti.

“Saya mahu perpaduan diwujudkan semula biarpun ini agak sukar di peringkat
awal tetapi saya fikir UMNO telah melalui pelbagai era dan dugaan demi dugaan
yang mendatang,” katanya.

Justeru, katanya, kaedah penyelesaian bagi sebarang permasalahan perlu
dicari secepat mungkin agar UMNO terus relevan bukan hanya kepada anggota parti
malah kepada rakyat.

“Apabila perpaduan diperkasakan dalam parti, maka Barisan Nasional dapat
memacu dan memperkasakan perjuangan selanjutnya,” katanya yang juga anggota
Parlimen Bagan Datoh.

Kepada satu pertanyaan, Ahmad Zahid berkata: “Tiada pemilihan UMNO dalam
masa terdekat”. – WD MY

LEAVE A REPLY