LANGKAWI, 26 Feb – Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan
mengumumkan senarai pelayar yang bakal membawa cabaran negara ke Sukan SEA
2015 selepas mesyuaratnya di Kuala Lumpur esok.

Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata seramai 32 pelayar akan
dipilih menyertai pasukan negara bagi acara itu pada temasya sukan itu di
Singapura Jun ini.

“Pelayar-pelayar yang dipilih akan menjalani latihan berpusat
di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan Langkawi sebagai sebahagian daripada
persiapan menghadapi Sukan SEA,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya sebelum ini, seramai 70 pelayar telah menjalani latihan
pemilihan untuk menyertai pasukan layar negara.

Mereka juga bertanding dalam beberapa kejohanan termasuk Reggata Perdana
Antarabangsa Langkawi yang berakhir pada 15 Feb lepas.

Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, pasukan layar Malaysia mengutip dua pingat
emas, tiga perak dan tiga gangsa.-Bernama

LEAVE A REPLY