MELBOURNE, 17 MAC – TELUR… Senator berhaluan kanan Australia dihalang pegawai keselamatan hari ini selepas menampar seorang pemuda yang membantah ulasan menghinanya mengenai serangan masjid di Christchurch.

Fraser Anning mengundang kecaman dunia kerana menyalahkan serangan yang mengorbankan 49 jemaah Islam itu ke atas pendatang.

Susulan kontroversi itu, pemuda tidak dinamakan membaling telur ke arah Anning ketika sidang akhbar di Melbourne, menyebabkan senator itu menampar mukanya beberapa kali sebelum dihentikan pengawal keselamatan.

Dalam kenyataan semalam, Anning berkata serangan itu disebabkan penghijrahan pendatang Islam ke New Zealand.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘keji’ dan ‘hodoh’ dengan ‘tiada tempat di Australia’. – WD MY