KUALA LUMPUR, 16 Feb – Tahan… Pihak Polis menahan seorang lagi wanita dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki Korea Utara, Kim Jong-Nam yang juga abang kepada pemimpin tertinggi republik berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit ditahan kira-kira jam 3.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun maklumat lanjut berhubung penahanan itu masih belum diketahui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan terbabit. – WD MY