NEW DELHI, 15 APRIL – SALAHKAN…. Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Pakistan menipu dengan ancaman nuklear dalam serangan merentas sempadan kedua-dua negara itu, baru-baru ini, yang hampir mencetuskan perang di antara negara kuasa nuklear terbabit.

Modi dan partinya, Bharatiya Janata (BJP) dilihat menjadikan isu keselamatan nasional sebagai fokus kempen pilihan raya yang akan dianjurkan tidak lama lagi.

Dalam satu perhimpunan pilihan raya, perdana menteri itu memaklumkan serangan dalam wilayah Pakistan, Februari lalu, dikatakan meningkatkan risiko ketegangan menjadi konflik nuklear sebagai salah.

“Pakistan sentiasa mengancam kita dengan nuklear, nuklear, nuklear. Adakah kita cuba meredakan ancaman mereka?” katanya kepada penyokong di Jammu dan Kashmir berhampiran sempadan Pakistan.

Pakar ketenteraan memberi amaran bahawa konflik bersenjata konvensional antara kedua-dua negara itu mungkin membawa kepada perang nuklear dan ia menghalang kedua-dua negara daripada pertembungan lebih teruk.

Pakistan tidak membuat ancaman terbuka. Namun, Perdana Menteri Imran Khan pernah menggesa kedua-dua pihak menarik diri daripada kemusnahan, Februari lalu kerana senjata yang dimiliki negara masing-masing.

Modi sebaliknya memperbaharui amaran kepada Pakistan bahawa ‘negara India baharu’ beliau mampu ‘menghapuskan pengganas di wilayah mereka’.

India sudah lama menuduh Pakistan menyokong militan di Kashmir, namun dinafikan jirannya. Bagaimanapun, pengeboman nekad, sebelum ini, didakwa dilakukan sebuah kumpulan dari Pakistan. – WD MY