Seragamkan Tarif Elektrik Dan Air Di Premis Bercampur Komersial Serta Kediaman – Noh

0
128
KUALA LUMPUR, 25 Okt – Seragamkan……. Kerajaan bakal mengubal peraturan baharu akan dilaksanakan untuk menetapkan keseragaman tarif elektrik dan air di premis bercampur komersial serta kediaman kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata ketika ini pemilik kediaman di premis itu dikenakan caj mengikut kadar komersial yang membebankan mereka.
“Jabatan Perumahan Negara sedang membuat kajian bagi memastikan pemilik rumah membayar caj kediaman bukan komersial,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan kediaman Unit Ceylonz Suites, di sini, hari ini.

Sementara itu, Noh berkata 4,000 unit projek sulung pangsapuri studio transit akan dibina di Mukim Batu, di sini, tahun depan. – WD MY