PUTRAJAYA, 28 Feb – Seramai 16,647 peserta mengambil bahagian dalam acara Konvoi Berbasikal sejauh 10 kilometer dan 40 kilometer sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 di Putrajaya.

Acara turut mendapat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia sebagai Acara Kayuhan Berbasikal Teramai diadakan di negara ini.

Acara dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut melepaskan peserta, kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Seramai 4,000 peserta turut mengambil bahagian pada Majlis Mini Karnival Sukan yang diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY