KUALA KANGSAR, 14 Jun – 88.5% Keluar Undi Awal….Seramai 276 pemilih telah menunaikan tanggungjawab untuk pengundian awal pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar PO67 setelah pusat pengundian awal ditutup tepat jam 5 petang tadi.

Daripada jumlah itu, 259 di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis IPD Kuala Kangsar manakala 17 lagi di Balai Polis Manong.

Ia mewakili 88.5% daripada keseluruhan 312 pengundi awal yang layak mengundi terdiri daripada anggota polis dari sekitar Kuala Kangsar.

Rekod ini melebihi sasaran yang dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah tengahari tadi.

Difahamkan, kotak undi dari kedua-dua pusat mengundi akan dibawa ke Lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar. – WD MY

LEAVE A REPLY