KUALA LUMPUR, 7 Nov – SPM Bermula……Hari ini seramai 434,535 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara sehingga 6 Disember depan.

Jumlah itu, 377,194 atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; manakala 9,094 (2.1 peratus) calon sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan; 7,931 (1.8 peratus) calon sekolah menengah agama negeri; 12,847 (3.0 peratus) calon sekolah swasta berdaftar dengan kementerian; 25,713 (5.9 peratus) calon persendirian; dan 1,756 (0.3 peratus) calon sekolah menengah agama rakyat.

Untuk hari ini pelajar akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, diikuti Pendidikan Seni Visual – Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2. – WD MY