GENEVA, 14 FEB – LANCAR….. Serangan bom nekad di tenggara Iran mengorbankan 20 anggota elit Pengawal Revolusi, lapor Far News, semalam.

Menurut kenyataan pasukan itu, seorang pengebom nekad menggunakan bom kereta dengan menyasarkan sebuah bas yang membawa anggotanya.

Serangan itu berlaku di jalan antara bandar Zahedan dan kawasan bergolak dekat sempadan Pakistan, Khash yang menjadi tumpuan operasi kumpulan militan dan penyeludup dadah.

Fars News berkata, kumpulan Jaish al Adl mengaku bertanggungjawab menjalankan serangan dan 10 anggota pasukan itu turut cedera.

Rakaman video oleh Fars News menunjukkan kesan darah dan sisa letupan di lebuh raya di lokasi serangan. – WD MY