GAZA, 3 APRIL – TEKNIKAL….. Pemimpin Hamas, Ismail Haniya memaklumkan tembakan roket dari Gaza yang terkena sebuah rumah di Israel, minggu lalu dilancarkan akibat kesilapan teknikal.

Ia adalah kenyataan pertama beliau berhubung serangan itu, setakat ini.

Roket itu ditembak dari Semenanjung Gaza pada 25 Mac lalu, ia memusnahkan sebuah rumah di utara Tel dan mencederakan tujuh warga Israel.

Israel bertindak balas dengan menyerang banyak sasaran Hamas di wilayah Palestin itu termasuk meratakan pejabat Haniya, sebelum Mesir menjadi pengantara satu gencatan yang berjaya mengelak konflik pada skala penuh.

“Roket itu adalah masalah teknikal, namun ia adalah pertunjukan kecil jika Israel mahu melakukan sesutau yang jahat kepada penduduk Palestin,” kata Haniya, semalam.

Kenyataan daripada pejabat beliau berkata, Haniya mengeluarkan ulasan itu, ketika satu mesyuarat dengan beberapa penganalisis politik. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai masalah teknikal yang menjadi punca kesilapan pelancaran roket terbabit.

Sebelum ini, hanya beberapa pegawai tidak dinamakan dari Hamas memaklumkan roket itu ditembak kerana kesilapan teknikal.

Susulan gencatan terbaharu, Hamas berkata Mesir menjadi pengantara satu gencatan yang akan menyaksikan Israel melonggarkan sekatan terhadap wilayah itu untuk ketenteraman. Bagaimanapun, Israel masih tidak mengulas mengenai persetujuan itu.

Kelmarin, Israel memperluaskan zon nelayan di sekitar Gaza daripada satu kawasan ke jarak paling besar, sejak bertahun-tahun. Beberapa pegawai Hamas berkata, ia hanyalah langkah pertama. – WD MY