Sesi Dialog “Perjuangan4all” Malam Ini

0
52

KUALA LUMPUR, 10 Sept – DIALOG…. Penerangan UMNO mengadakan Dialog Perjuangan4all berbentuk ‘townhall’ ke seluruh negara, bermula dengan Parlimen Wangsa Maju malam ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, dialog secara pendekatan baru itu bagi memberi penjelasan kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai beberapa perkara termasuk kejayaan dasar transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pencapaian kejayaan dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) serta relevan kepentingan roh dan semangat perjuangan, sejarah kewujudan dan sebab UMNO dan BN perlu dikekalkan sebagai kerajaan untuk masa akan datang.

“Kita akan mengetengahkan penjelasan dan huraian kepada kejayaan transformasi Perdana Menteri serta relevan BN sebagai kerajaan,” katanya.

Program dialog di Parlimen Wangsa Maju akan bermula pada jam 8 malam di Dewan Kompleks Yayasan Wangsa Perdana Taman Ibu Kota.

Tiga ahli panel terbabit iaitu Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari, Exco Pemuda UMNO Shahril Suffian Hamdan dan Annuar sendiri, dengan moderator Datuk Dahlan Maamor. – WD MY