JOHOR BAHRU, 19 Okt – Sesi Townhall….. Pihak Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju mengadakan sesi pendengaran umum (townhall) dengan pemimpin masyarakat bagi membantu agensi penguatkuasa menurunkan kadar jenayah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan pendengaran umum itu akan membabitkan semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dan pihak yang boleh membantu menyumbang pandangan bagi menurunkan kadar jenayah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sesi pendengaran umum itu akan diadakan segera di peringkat nasional, negeri dan seterusnya diturunkan ke peringkat daerah polis.

“MCPF memutuskan bahawa jawatankuasa di peringkat daerah polis sudah dibentuk, pengerusi juga sudah dilantik bagi melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah dapat dilakukan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah atau daerah polis.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi MCPF berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO MCPF di sebuah hotel dekat bandar raya ini di sini, hari ini.

zahid-mcpf-jpg1

Ia merupakan langkah dalam membantu mendapatkan maklum balas dan fungsi pelaksaan dan pencegahan.

“Ini dilakukan bukan sahaja bagi mendapatkan maklum balas (daripada pemimpin masyarakat) tetapi (berfungsi) peringkat pelaksaanan kepada program pencegahan kepada perlakuan jenayah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat hari ini turut memutuskan akan mengadakan mesyuarat penyelarasan untuk pelaksanaan setiap dua bulan bagi membincangkan semua strategi dan dasar yang ditentukan MCPF dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mesyuarat penyelarasan untuk pelaksanaan ini akan dilaporkan kepada saya sendiri dan EXCO MCPF supaya tindakan susulan boleh dilakukan,” katanya. – WD MY