SEREMBAN, 11 APRIL – RAFIZI…. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, didakwa lebih menumpu minat untuk menjadi perdana menteri, berbanding melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat di Rantau.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata walaupun Mohamad menafikan perkara itu, ia sememangnya perkara yang sedang diperkatakan dalam kalangan pembangkang pada masa ini.

“Walaupun beliau menafikannya, perkara ini sering dikatakan dalam kalangan ahli UNMO dan PAS.

“Sudah tentu pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin atau orang goncang,” katanya ketika ditemui MEDIA pada program ceramah Pakatan Harapan (PH) sempena PRK MALAM TADI.

Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PH, Dr S Streram.

Media melaporkan Mohamad menganggap bahawa ‘cakap-cakap’ beliau bakal menjadi perdana menteri jika BN kembali mentadbir negara hanya sekadar gurauan ketika berkempen.

Beliau menyifatkan perkara itu juga mewujudkan spekulasi dan menimbulkan situasi tidak sihat kepada dirinya dan parti,

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, usaha mengangkat Mohamad ke jawatan perdana menteri juga akan mengabaikan kebajikan penduduk Rantau,

“Sekiranya perkara itu berlaku, Rantau ini tidak akan jadi keutamaan yang akhirnya akan ditinggalkan kepada pegawainya.

“Ini realiti yang perlu dipertimbangkan pengundi di Rantau” katanya.