PUTRAJAYA, 15 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) Tan Sri Iyad Ameen Madani di Perdana Putra di sini.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada atur cara Madani sempena lawatan
rasmi tiga hari ke Malaysia bermula semalam, iaitu lawatan pertama beliau ke
negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Januari 2014.

Madani yang diiringi delegasinya, meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu
Najib di pejabat perdana menteri.

Menurut seorang anggota delegasinya, perjumpaan berprofil tinggi itu antara
lain membincangkan isu penting berkaitan status perjanjian damai di selatan
Filipina, yang diusahakan Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan itu mencerminkan komitmen
berterusan Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam OIC, dan dedikasinya
dalam menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi umat Islam.- Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY