KUALA LUMPUR, 28 Nov – Siap Siaga…..Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan tiga perkara untuk diambil berat Setiausaha UMNO Bahagian dalam menggerakkan parti itu di peringkat akar umbi.
Naib Presiden UMNO itu dalam amanatnya kepada semua 189 daripada 191 Setiausaha UMNO Bahagian mengingatkan perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kesiapsiagaan jentera parti.
Justeru, Setiausaha UMNO Bahagian perlu sentiasa mengemaskini data-data ahli dan parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata perkara kedua yang ditekankan Naib Presiden UMNO adalah memastikan semua pihak di peringkat Bahagian tidak leka terutama sekali dengan ancaman sama ada di luar dan dalam parti yang cuba memecah belahkan perpaduan dan kesatuan parti.
Ketiganya, Naib Presiden UMNO menekankan soal kesetiaan kepada institusi yang mana kepimpinan parti paling penting dipertahankan dan ahli parti haruslah memperkukuhkan kesatuan melalui organisasi.
“Setiausaha Bahagian juga diingatkan Ahmad Zahid supaya sentiasa bersedia dan mengambil tahu isu semasa dan apa-apa yang berlaku terutama sekali elemen yang boleh memecah belahkan parti,” katanya ditemui selepas sesi Taklimat Naib Presiden dengan Setiausaha UMNO Bahagian yang dijalankan secara tertutup di sini, hari ini.
┬áHadir sama dalam taklimat itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – WD MY