MIRI, 21 Jun – Tembak Mati…… Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong ditembak mati di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mangsa yang memandu kereta jenis Toyoto Hilux dipercayai ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta yang dinaikinya.

Ketika dijumpai mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Polis masih menyiasat kes itu dan individu yang bertanggungjawab terhadap kes berkenaan.

Pada pilihan raya negeri ke-11 lalu, Bill bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Bekenu tetapi tumpas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus. – WD MY

LEAVE A REPLY