KUALA LUMPUR, 3 Mei – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar tindakan sebuah portal dalam talian yang
didakwa memutarbelitkan kenyataannya berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (CBP).

Ahmad Shabery berkata beliau tidak pernah menyatakan tindakan sebuah pasar
raya yang menyerap CBP atau GST sebagai melanggar undang-undang.

“Saya xpernah ckp Serap GST melanggar undang2, #TheMalaysianInsiderSpin
kenyataan saya, xhabis2 buat fitnah TMI ni,” katanya dalam tweet terbaharunya
hari ini.

Semalam, portal tersebut menerbitkan berita dengan memetik Ahmad Shabery
sebagai berkata keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar Mydin untuk
menyerap CBP bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap
melanggar undang-undang.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY