KUALA LUMPUR,APRIL 19: CALON… Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil lebih mengutamakan jentera pergerakan itu berbanding soal isu sama ada beliau dipilih sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, soal menjadi calon bukan keutamaan beliau kerana apa yang penting baginya adalah jentera parti dapat digerakkan dengan mantap dan berkesan supaya BN dapat menang besar dalam PRU-14.

“Kemenangan besar BN merupakan hadiah yang besar bagi saya.

“Soal jadi calon itu walaupun saya sentiasa dalam perbincangan dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) bukan keutamaan bagi saya” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin Allahyarhamah Tan Sri Napsiah Omar di Surau Ar-Rahman, Menara Dato Onn di sini, hari ini.-MY WD