KUALA LUMPUR, APRIL 16:TOLAK….Selepas menolak tawaran bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar sebelum ini, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, sebentar tadi mengumumkan beliau juga tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebooknya, Shahrizat berkata beliau tidak akan menerima tawaran untuk bertanding di Bandar Tun Razak walaupun yakin kawasan itu boleh dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN) daripada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ramai yang tanya saya adakah saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Tun Razak? Jawapan saya tidak, walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan Nasional boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya.-MY WD