DUBAI, 1 Dis – Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri (KIW) Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil telah dipilih Federation of Gulf Cooperation Council Chambers (FGCCC) untuk diberi penganugerahan Lifetime Achievement Award 2015 (Entrepreneurship and Social Development) di Majlis Anugerah Kepimpinan Keusahawanan Timur Tengah 2015 di sini.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa yang amat tinggi terhadap usaha-usaha berterusan yang telah disumbangkan oleh Sharizat di dalam bidang pembangunan sosial dan keusahawanan di Malaysia.

“Saya akan memastikan pembangunan sosial dan keusahawanan di Malaysia melalui program-program yang lebih bersepadu dan strategik terus dilaksanakan seiring dengan aspirasi Perdana Menteri untuk memastikan Malaysia mencapai tahap negara maju,” kata Sharizat.

Antara program-program keusahawanan seperti Pasar Untuk Wanita (PASARNITA) oleh KIW dan Program PEAK : Social Leadership oleh Akademi Inovasi Wanita peserta mendapat manfaat dari program-program dan inisiatif seperti ini dan ia merupakan idea dari beliau sendiri dalam membantu kaum wanita di negara Malaysia.

Menurut Sharizat lagi, “Saya amat berbangga melihat bahawa semakin ramai pemimpin dari negara ini diberi penghormatan dan pengiktirafan antarabangsa. Sesungguhnya ini bermakna usaha-usaha pembangunan di dalam pelbagai sektor mendapat perhatian dan pengiktirafan badan-badan antarabangsa.”

Beliau berkata demikian selepas majlis penganugerah berkenaan di sini malam tadi,

Majlis tahunan berprestij anjuran FGCCC itu juga memberi penganugerahan kepada beberapa tokoh-tokoh korporat dari negara ini. Di antaranya Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang di anugerahkan Global CEO of the Year dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj Mohd Shukor Hj Mahfar yang dianugerahkan Visionary Leader of the Year.

Hadir sama di majlis tersebut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Dato’ Hj Faroz Mohamad Jakel yang dianugerahkan Global Entrepreneur of the Year. Anugerah telah disampaikan oleh Setiausaha Agong FGCCC Tuan Yang Terutama Abdulrahim Hassan Naqi. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY