NEW YORK, 7 Feb – SIASAT….. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, satu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca penghantaran mesej palsu menerusi telefon bimbit.

Mesej itu memberi amaran mengenai ancaman tsunami kepada penduduk yang tinggal di sepanjang pantai dari New York hingga ke New Orleans.

Menurut imej mesej yang dimuat naik di media sosial oleh individu yang menerimanya, amaran itu dikatakan hanya sebagai satu ‘ujian’ yang dihantar oleh syarikat ramalan cuaca swasta AccuWeather.

“Ia adalah satu kesilapan, jika anda ada menerima amaran tsunami yang dihantar oleh pihak ketiga pada pagi ini,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di New Orleans dalam mesej di akaun Twitter.

Menurut agensi itu, mesej terbabit dihantar susulan ujian bulanan sistem amarannya.

“Amaran tsunami oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan yang dihantar pagi tadi adalah satu ujian,” kata AccuWeather di akaun Twitter.

Sementara itu, pegawai AccuWeather gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu. – WD MY