KUALA LUMPUR, 22 Nov – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung sejak Rabu, melabuhkan tirai hari ini.

Majlis penutupan itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2015, Datuk Seri Najib Razak.

Pada majlis ringkas itu, Najib turut menyerahkan plak kepada Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, sebagai simbolik penyerahan kerusi Pengerusi ASEAN seterusnya. Laos akan mempengerusikan ASEAN pada tahun depan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata semua pemimpin ASEAN serius untuk melaksanakan impian kepada penubuhan sebuah Komuniti ASEAN menjelang 2025.

“Menjelang tahun depan, Presiden Thammavong akan mengambil tugas sebagai Pengerusi ASEAN dan Malaysia berharap usaha penubuhan Komuniti ASEAN akan diteruskan (Laos) dan negara ini sentiasa memberi komitmen penuh,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin ASEAN atas komitmen diberi dalam memajukan rantau ini serta Setiausaha Agung ASEAN dan Sekretariat, atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN edisi ke-27 itu. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY