KUALA LUMPUR, 13 April – Gempur…. Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) menumpaskan sindiket perjudian di seluruh negara dengan 519 kaki judi ditahan, sepanjang minggu lalu kata┬áKetua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata sebanyak 2,525 komputer diubah suai menjadi mesin judi turut dirampas hasil serbuan itu.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tahan 519 orang dan rampas 2,525 komputer. #GoPDRMGo,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya.

Khalid turut mengumumkan kejayaan STAGG menumpaskan sindiket pelacuran di seluruh negara sepanjang tempoh sama dengan menahan 381 pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tahan 381 orang GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” katanya. – WD MY