Singapore Airlines Kurangkan Kos Melalui Tawaran Cuti Tanpa Gaji Kepada Kakitangan

0
240

SINGAPURA4 Ogos – Tawarkan……Singapore Airlines, menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangannya sebagai satu langkah pengurangan kos.

Syarikat penerbangan utama negara itu sebelum ini berdepan persaingan hebat dalam kalangan syarikat penerbangan tambang murah Asia lain dan syarikat penerbangan Asia Barat, yang menawarkan pesawat baharu dan perkhidmatan lebih berkualiti.

Syarikat yang merekodkan kerugian dalam suku keempat untuk tahun kewangan lalu itu melancarkan penelitian semula secara meluas dan enggan membuang pekerja.

Syarikat itu berkata, ia menawarkan kru kabin pilihan untuk cuti tanpa gaji di antara September dan November tahun ini kerana lebihan kru sementara.

“Lebihan atau kekurangan kru biasa berlaku, mengambil kira jenis perniagaan kita. Skim sukarela untuk tempoh terhad ini diambil bagi memastikan kami menguruskan sumber manusia dan keperluan operasi secara berkesan,” kata seorang jurucakap. -WD MY