SINGAPURA, 10 Sept -. Semakin Teruk…… Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan 12 kes baru virus Zika jangkitan tempatan di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 304.

Daripada jumlah ini, 10 kes ada kaitan dengan kelompok Aljunied Crescent, Sims Drive, Kallang Way dan Paya Lebar Way.

Satu daripada kes berkenaan dikaitkan dengan kelompok Elite Terrace dan kes terkini baru-baru ini tiada kaitan dengan mana-mana kelompok yang sedia ada.

Dalam satu kenyataan bersama pada 9 September, Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata, sehingga 8 September sejumlah 183 habitat pembiakan ditemui dan dimusnahkan di kawasan kelompok, di mana 114 adalah dari rumah dan 69 lagi daripada kawasan umum atau premis lain.

Kenyataan itu menambah, operasi kawalan vektor diteruskan di kawasan di mana kes dikesan. – WD MY

LEAVE A REPLY