SITI KASIM MAHU PENGGUNDI PKR AJAR ANWAR

SITI KASIM MAHU PENGGUNDI PKR AJAR ANWAR

108
0

KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 14:AJAR…Peguam kontroversi, Siti Kasim menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson agar mengajar PKR dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya tersebut nanti.

Menurut Siti Kasim, PRK Port Dickson adalah pilihan raya ketiga diadakan khas bagi membolehkan keluarga Anwar bertanding.

Siti Kasim berkata, keluarga Anwar tidak sepatutnya berfikir boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

Dalam Instagramnya, Siti Kasim memohon kepada pengundi agar tidak memilih Anwar dan memberi kemenangan kepada pembangkang.

“Jangan undi Anwar. Biar pembangkang menang. PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran. Mereka lakukan perkara ini sebanyak tiga kali.

“Tidak boleh lagi! Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu atas tanggungan kita? Tidak! kata Siti Kasim.

Pada Julai 2008, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi Parlimen tersebut.

Pada 2014, dengan ‘Langkah Kajang’, ADUN Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada¬† Dr. Wan Azizah bertanding pada PRK kawasan itu.

Langkah tersebut didakwa bertujuan untuk menjadikan Dr. Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Anwar yang juga Presiden PKR yang baharu dipilih akan bertanding di PRK Parlimen Port Dickson.

Penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Laporan sebelum ini menyebut Anwar bakal mengantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8.-MY WD