JERLUN, 4 Jan – Hanya seorang murid sahaja yang mendaftar untuk tahun satu pada sesi persekolahan 2016 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC Chee Nan, Jerlun, Kedah.

Walaupun tiada rakan sekelas yang lain, Lau Chun Yih, 7 tahun, tidak berasa kesunyian dan bersemangat pergi ke sekolah untuk menimba ilmu.

Beliau turut bernasib baik kerana mendapat sepenuh perhatian daripada guru-guru kelas yang mengajarnya.-CF (WD MY)

LEAVE A REPLY