PORT DICKSON, 22 Okt – Peranan Penting Dan Dikembangkan Fungsinya…… Fungsi Jabatan Imigresen akan digabung dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mengembangkan fungsinya dalam aspek kawalan keselamatan sempadan negara pada masa akan datang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pasukan penguat kuasa itu akan mempunyai kementerian sendiri khusus memberi tumpuan terhadap isu berkaitan imigresen dan kawalan keselamatan sempadan.

“Cabaran dan ancaman dihadapi oleh Jabatan Imigresen kini berbeza berbanding dahulu, justeru fungsinya perlu diperluaskan.

“Antara ancaman dihadapi ialah kawalan di pintu masuk darat, laut dan udara termasuk lorong tikus yang sudah menjadi lorong gajah.

“Keadaan ini menyebabkan penguatkuasaan tidak mampu Jabatan Imigresen secara bersendirian dan perlu dibantu polis, tentera dan sebagainya.

“Aspek ini (penggabungan dan penubuhan kementerian) memerlukan pindaan terhadap Akta Imigresen dan banyak yang perlu ditambah termasuk berkaitan penambahan aset,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian pada sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan Penolong Penguasa Imigresen Siri 2/2016 di sini, hari ini.

Peranan Jabatan Imigresen dalam aspek kawalan sempadan negara akan diperkasa pada masa depan menerusi kerjasama lebih erat dengan pelbagai agensi penguatkuasaan lain.

Ahmad Zahid, berkata agensi penguatkuasa itu juga akan mempunyai kuasa lebih besar terhadap isu berkaitan imigresen dan kawalan keselamatan sempadan.

“Cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh Jabatan Imigresen kini berbeza daripada dahulu, justeru peranan mereka perlu diperluaskan.

“Antara ancaman adalah kawalan di pintu masuk darat, laut dan udara (termasuk) lorong tikus yang sudah menjadi lorong gajah. Keadaan ini menyebabkan penguatkuasaan tidak mampu dilakukan Jabatan Imigresen bersendirian dan perlu dibantu polis, tentera dan sebagainya.

“Ini memerlukan pindaan terhadap Akta Imigresen itu sendiri malah ada banyak (peruntukan) yang perlu ditambah kerana tidak ada sebelum ini, termasuk berkaitan penambahan aset,” katanya. – WD MY