BAGAN DATUK, 6 Mei – Lancar…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Sekolah Menengah Agama Irshadiah Addiniah, Batu 26, di sini, sebentar tadi, untuk melancarkan penubuhan Skuad Bomba Pondok bagi Zon Utara.

Penubuhan skuad itu hasil inisiatif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) susulan banyak kes kebakaran sekolah pondok sejak kebelakangan ini.

Objektif program bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada komuniti sekolah pondok mengenai peralatan keselamatan kebakaran.

Ia juga untuk meningkatkan amalan pencegahan kebakaran dan budaya keselamatan kebakaran dalam kalangan komuniti sekolah pondok.

Skuad berkenaan turut bertindak sebagai ‘first responder’ (pihak pertama) untuk menangani insiden kecemasan dan kebakaran di peringkat awal. – WD MY