KUALA LUMPUR, 24 Mei – “Sky Box at Sky Deck”…. Menara Kuala Lumpur mengambil inisiatif memperkenalkan satu lagi tarikan bagi pengunjung iaitu ” Sky Box at Sky Deck”, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung sekaligus membantu sektor pelancongan negara.

Pengunjung berpeluang berdiri dalam kotak kaca pada aras ketinggian 300 meter dari aras tanah, sekaligus melihat pemandangan sekitar ibu kota pada skala 360 darjah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata pihaknya mensasarkan penambahan 20 peratus kedatangan pengunjung ke Menara KL dengan adanya tarikan terbaru itu. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY