KUALA LUMPUR, 18 Feb – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD menyasarkan jumlah penumpang yang menggunakan myBAS bagi negeri Ipoh, Perak meningkat kira-kira 50 peratus bagi tahun pertama operasinya.

Ia merupakan peningkatan dari 5.9 juta penumpang ke 8.88 juta.

Menurut Pengerusi SPAD, Datuk Seri Syed Hamid Albar, jaringan liputan bas juga akan ditingkatkan daripada 132 kilometer dengan 12 laluan kepada 254 kilometer dengan 16 laluan.

Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian bersama The Combined Bus Services Sdn Bhd bagi menyediakan perkhidmatan bas henti-henti baru di Ipoh, di bawah program Transformasu Perkhidmatan Bas Henti-henti atau Stage Bus Services Transformation SBST yang dibiayai kerajaan.

Perkhidmatan di bawah jenama my BAS ini akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik serta laluan-laluan baru.

Pengguna juga akan menikmati peningkatan saling hubungan ke kawasan-kawasan seperti stesen KTM Komuter, lapangan terbang, pusat perniagaan, kawasan perumahan, sekolah-sekolah dan kolej-kolej.

Operasi perkhidmatan tersebut dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya tiga.bulan lagi. – Sofea Nawar, CF (WD MY)

LEAVE A REPLY