KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Setiausaha Agung Umno merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai ke 21.

Menurut Tengku Adnan dalam ucapannya, beliau berharap Umno bahagian Lembah Pantai yang diketuai oleh Datuk Sri Raja Nong Chik melipat gandakan usaha dalam meraih hati pengundi dan rakyat di Lembah Pantai yang telah dua kali menjadi milik pembangkang.

Hadir sama Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua Pemuda Wilayah,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii, Setiausaha Politik Kepada Tengku Adnan, Mohd Rafi Alli Hassan.

Beliau juga menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah bagi menentukan hanya penduduk tempatan di sesuatu kawasan pilihan raya dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata tujuan mengatasi masalah peningkatan jumlah pengundi luar di sesebuah kawasan pilihan raya, sekali gus mengelakkan parti politik memanipulasikan pengundi
untuk kepentingan mereka.

Di sesetengah kawasan seperti di kawasan Parlimen Lembah Pantai, katanya jumlah pengundi luar yang bertukar alamat ke kawasan itu adalah melebihi bilangan pengundi sedia ada.

Tambahnya lagi, perbuatan itu telah memberi kelebihan kepada lawan Barisan Nasional (BN) sehingga ia berjaya memenangi beberapa kawasan, tetapi akhirnya wakil rakyat terpilih mengabaikan rakyat selepas berjaya mencapai matlamat itu.

“Sekarang Lembah Pantai siapa yang jaga… Raja Nong Chik, wakil rakyat ada peduli? Dia tahu dia akan menang sebab ada pengundi luar. Sebab itu SPR perlu meneliti perkara ini,” katanya..

Pemindahan pengundi luar ke Lembah Pantai telah dikesan sebagai antara faktor kekalahan BN di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Pengundi luar di kawasan itu rata-rata tidak mengundi BN kerana mereka tidak tahu apa perkembangan dan perubahan yang telah UMNO-BN usahakan sejak dulu, katanya.

Tengku Adnan, turut menasihatkan para perwakilan supaya tidak mudah terpengaruh dengan isu yang sengaja dimanipulasi pihak tertentu dengan tujuan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Perwakilan seharusnya menjadi perisai kepada parti dan tidak mudah berkongsi maklumat yang viral di media sosial kerana kebanyakan maklumat itu adalah tidak berasas, katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY