SPRM Bebaskan Bekas Timbalan Pengarah Dengan Jaminan

0
94

KOTA KINABALU, 19 Okt – Bebas Dengan Jaminan….. Suspek kes salah guna kuasa bernilai RM3.3 bilion, iaitu bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Suspek kelima berumur 62 tahun itu bersara pada tahun lalu dan dilantik sebagai Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan di sebuah kementerian di Sabah.

Bekas timbalan pengarah itu dibebaskan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie dengan dikenakan jaminan RM500,000 tanpa deposit serta dua orang penjamin tempatan.

Suspek adalah antara lima yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum empat suspek termasuk pengarah dan timbalannya di jabatan sama dibebaskan dengan jaminan SPRM, namun siasatan lanjut masih dijalankan berikutan ramai lagi saksi akan dipanggil. – WD MY