PULAU PINANG, 17 April – Bertindak Mengepung Balai Polis……… Lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, ditahan dalam serbuan mengejut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di balai berkenaan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, sepasukan pegawai SPRM menahan semua anggota terbabit berhubung rasuah selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Semua anggota terbabit ditahan ketika berada dalam bilik Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) selepas SPRM mengepung balai berkenaan.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan itu dan penahanan anggota balai berkenaan oleh SPRM Pulau Pinang.

“Setakat ini saya masih belum mendapat maklumat terperinci berhubung tangkapan ke atas anggota polis ini dan masih menunggu laporan dari SPRM,” katanya

Ketika dihubungi Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, berkata semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung maklumat yang diterima.

“Kita tempatkan mereka di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan membebaskan mereka dengan jaminan selepas keterangan mereka direkodkan,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran siasatan kes yang dilakukan berhubung tangkapan ke atas anggota polis terbabit. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY