KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kesan….. Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjejaki 12 individu bagi membantu siasatan satu kes rasuah yang turut melibatkan pegawai dan anggota polis di Melaka.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata mereka yang sedang dikesan ialah Tee Kian Yee, 29; Ng Kok Yuan, 28; Lim Chin Wah, 33; Ng Kim Boon, 51; Goh Tse Yuan, 30; Tan Kai Boon, 26; dan Chua Kiew Chai, 50.

Turut dikehendaki bagi membantu siasatan ialah Khor Chee How, 38; Tan Seng Hwee, 31; Sah Kok Onn, 32 ; Teoh Song Peng, 48 dan Tan Wee Kok, 25 tahun.

Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan SPRM susulan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis Melaka, Mei lalu, katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003.

Mei lepas, Ketua Polis Melaka Tengah dan Jasin ditahan bersama 12 yang lain dalam operasi SPRM selepas disyaki melindungi operasi pusat urut dan judi haram di Melaka.

INFO

Nama :Tee Kian Yee

Alamat terakhir : No.2, Lorong Jelai 5, Off Jalan Kim Chuan, Pandamaran 42000, Pelabuhan Klang, Selangor.

Nama: Ng Kok Yuan

Alamat terakhir : No.27, Jalan Batu Nilam 28J, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor.

Nama: Lim Chin Wah

Alamat terakhir: 217-H, Jalan Kesidang Kampung Lapan, 75200 Melaka.

Nama: Ng Kim Boon

Alamat terakhir: B2-8, Rumah Pangsa Taman Anika, Lorong Pandan, 75250 Melaka.

Nama: Goh Tse Yuan

Alamat terakhir: 17 Blok A Ground Floor, Jalan Kenanga 3/8, Seksyen 3, Pangsapuri Kenanga,75300 Melaka.

Nama: Tan Kai Boon

Alamat terakhir: No.22, Jalan Bunga Selasih, Felda Kemendor, 77000 Jasin, Melaka.

Nama: Chua Kiew Chai

Alamat terakhir : Blok C-2-18, Jalan Balakong, Pangsapuri Kasturi Tiara, Taman Kasturi, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor.

Nama: Khor Chee How

Alamat terakhir : No 32, Lorong Laksamana 10A, Taman Mewah Jaya 3, 41200 Klang, Selangor.

Nama: Tan Seng Hwee

Alamat terakhir : No 93, Taman Kangkar Jaya, Bukit Kangkar, Sungai Mati, 84400 Ledang, Johor.

Nama: Sah Kok Onn

Alamat terakhir: No 100, Jalan Bangau, Taman Berkeley, 41150 Klang, Selangor.

11. Nama: Teoh Song Peng

Alamat terakhir: No 85, Jalan Permas 14/1, Taman Permas Jaya, Plentong, 81750 Masai, Johor.

Nama: Tan Wee Kok

Alamat terakhir: Blok A, AG-3, Rumah Pangsa Bandar Hilir, 75000 Melaka.