SPRM Siasat Pembekal Peralatan Gimnastik Sukan SEA2017

0
114

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Siasat…… Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017 yang dipercayai wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata pihaknya juga sedang meneliti maklumat-maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

“Pihak saya akan meneliti dan siasat dahulu perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Berdasarkan satu siasatan dalaman yang dijalankan, dipercayai terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan dan kelulusan tender berkenaan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali keenam yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan. – WD MY