KUALA LUMPUR, 9 Dis -Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembayaran kompaun yang dibuat pada bulan Disember.

Menurut kenyataan, SSM menyatakan diskaun itu bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 serta akta-akta lain ditadbir suruhanjaya berkenaan.

Ia dilaksanakan secara berperingkat dengan kadar pengurangan bergantung kepada tempoh pembayaran sejak September lepas dan diskaun 50 peratus bagi bayaran sepanjang bulan ini.

SSM bagaimanapun menegaskan, kadar pengurangan bagi nilai asal kompaun adalah tertakluk kepada terma serta syarat.

“Sekiranya pelanggan masih gagal untuk menjelaskan semua kompaun yang dikenakan pada atau sebelum 31 Disember ini, semua kompaun itu akan dikekalkan pada nilai asal tanpa sebarang pengurangan,” katanya.

Bagi tujuan rayuan, pelanggan perlu hadir ke Tingkat 26, Bahagian Pematuhan SSM, Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur atau di mana-mana kaunter Pejabat Negeri SSM. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY