KUALA LUMPUR, JULAI 13: HARGA NAIK….Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bimbang harga barangan semakin meningkat walaupun parti Pakatan Harapan telah menghapuskan cukai, barang dan perkhidmatan (GST).

Bekas Perdana Menteri berkata apabila perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan akan meningkatkan lagi harga barangan.

Malah, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi amaran sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terhadap bahayanya perubahan sistem cukai sewenang-wenangnya yang boleh memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat.

“Pada masa itu, Pakatan Harapan tidak menerima jawapan malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat disebalik tuduhan mereka sendiri.

“Saya harap kerajaan Pakatan Harapan akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan pada masa ini”, katanya-MY WD