KUALA LUMPUR, 17 Feb – Seramai 436 pegawai dan staf Prasarana Malaysia
Berhad (Prasarana) akan mendapat pentauliahan atas kemahiran mereka di
bidang pengangkutan awam dalam Majlis Konvokesyen Prasarana Malaysia
Berhad (Prasarana) 2016, yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) esok.

Dua puluh sembilan daripada mereka akan menerima Anugerah Pencapaian
(Achievement of Recognition) daripada badan antarabangsa, Institute of Supply
Chain Management (ISM) manakala 377 yang lain akan menerima diploma
lanjutan, diploma dan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Malaysia.

Menurut kenyataan media dari Prasarana hari ini, pemimpin dalam sektor rangkaian pembekalan dan memiliki lebih 48,000 anggota aktif di seluruh dunia.

ISM adalah organisasi global yang bekerja untuk meningkatkan lagi amalan perolehan dan pengurusan bekalan.

Buat julung kali dalam sejarah, Prasarana telah menggabungkan majlis konvokesyen graduan dua anak syarikatnya – Rapid Bus Sdn Bhd dan Rapid Rail Sdn Bhd, yang masing-masing lulus dalam pelbagai program latihan dengan Akademi Bas dan Akademi Rel. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY