BEIRUT, 18 Dis – DIBUNUH….. Wanita rakyat Britain yang bertugas di kedutaan United Kingdom (UK) di sini, ditemui mati dibunuh, kata seorang pegawai kanan.

“Pengamatan awal kami mendapati pembunuhan itu tiada bermotif politik,” kata pegawai yang terbabit dalam penyiasatan yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Pegawai terbabit mengesahkan mangsa dikenali sebagai Rebecca Dykes tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kematian mangsa.

Kenyataan dari pejabat kementerian luar dan keluarga mangsa tidak memberikan sebarang maklumat lanjut. – WD MY