RIYADH, 15 Mei – Nafi….. Pihka Saudi Telecom Co (STC) menafikan sistem syarikat komunikasi itu turut dijangkiti virus ransomware yang kini merebak ke 150 negara sejak Jumaat.

Kenyataan itu dibuat susulan penyebaran beberapa gambar di media sosial yang mendakwa komputer STC turut menjadi mangsa serangan siber itu.

Beberapa gambar berkenaan menunjukkan komputer STC memaparkan tetingkap merah lambang virus WannaCry yang sudah disebar kepada lebih 200,000 komputer di seluruh dunia.

Satu daripada itu gambar menunjukkan komputer di sebuah bilik besar dengan logo STC boleh dilihat pada latar belakang.

“Syarikat itu menjelaskan bahawa rangkaian dan sistemnya tidak terjejas dan pasukan teknikal akan menangani isu berkaitan beberapa peranti peribadi yang didakwa dijangkiti virus itu dan dipamerkan pada media,” kata pengendali telekomunikasi terbesar Arab Saudi. – WD MY