DUBAI, 30 SEPT – TERBAKAR…. ┬áSatu kebakaran meletus di stesen kereta api laju Haramain di bandar tepi laut Arab Saudi di Jeddah, kata perkhidmatan pertahanan awam negara itu hari ini.

Kebakaran berlaku jam 12.35 tengah hari waktu tempatan, kata laporan media.

Rangkaian Kereta Api Haramain yang menelan belanja AS$7.3 bilion (RM30.61 bilion) sejauh 450 kilometer menghubungkan dua bandar suci di Makkah dan Madinah dengan bandar di Laut Merah, Jeddah, dibuka pada September tahun lalu.

Kelajuan kereta api berkenaan boleh mencecah 300 kilometer sejam.

Pada 2011, Arab Saudi menandatangani satu perjanjian dengan sebuah konsortium Sepanyol untuk membina landasan kereta api, membekalkan 35 kereta api berkelajuan tinggi dan menguruskan kontrak penyelenggaraan selama 12 tahun. – WD MY