PORT DICKSON, 18 April – MUSNAH….. Stor penyimpanan tayar dan tong minyak di Jalan Kebun Jimah di sini, terbakar tengah hari tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, S Maniam, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.05 tengah hari sebelum sebuah jentera dihantr ke lokasi.

Katanya, pihaknya turut menerima bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan Seremban 2 dengan kekuatan 18 anggota.

 

“Kebakaran membabitkan premis menyimpan tayar dan tong minyak yang belum dikenal pasti kandungannya. Sebaik bomba tiba, api marak dan asap tebal.

“Api tidak dapat dipadam menggunakan punca air kerana berlaku beberapa tindak balas letupan yang kuat. Kita mengubah cara memadam dengan menggunakan buih,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. – WD MY