KUALA LUMPUR, NOVEMBER 5: WALAUPUN masih belum sihat sepenuhnya, penyanyi Zamani tetap tampil memberikan persembahan memukau pada konsert minggu keenam Gegar Vaganza (GV).

Setelah gagal menyanyikan lagu akibat tidak sihat kerana sakit tekak pada cabaran minggu kelima, Zamani ketika memberikan persembahan kali ini seakan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Alhamdullilah! Itu ungkapan perkataan pertama dari juri Datuk Khadijah Ibrahim setelah melihat persembahan nyanyian Zamani yang turut mendapat sorakan penonton.

“Ibu sentiasa doakan zamani supaya cepat sembuh, walaupun sakit lagi, tapi zamani beri persembahan baik sekali gus membuktikan Zamani seorang lagenda, penghibur dan penyanyi,” kata Khadijah.

Bertemakan ‘Terbaik Boss’, Zamani menyanyikan lagu popular dari kumpulan Nidji yang berjudul Hapus Akudengan penuh bersemangat.

Konsert GV5 lalu telah menyaksikan Zamani sepatutnya tersingkir kerana gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Namun Zamani diselamatkan dengan kuasa imuniti daripada penaja terbesar GV5, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ketika keputusan minggu keenam diumumkan, para peminat bersorak apabila Zamani menjadi peserta ketiga terbaik yang lepas ke konsert separuh akhir pada minggu seterusnya, yang bakal menyaksikan beliau memikul tugasan menyanyikan dua buah lagu iaitu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi dan Dekat Padamu (Yusry).

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.-MY WD