GOLD COAST, Australia, 5 April – SILAP…… ¬†England disenaraikan dalam benua Afrika dengan ibu negara Banjul dalam buku program Sukan Komanwel 2018 sekali gus menyebabkan penganjur temasya itu terpaksa menanggung malu.

Buku program berharga AUS$10 (RM29) itu yang dijual di sekitar pusat peranginan di Queenslands turut menyenaraikan populasi England sekadar 2 juta penduduk dan penampilan pertama mereka adalah pada 1970.

Banjul adalah ibu negara Gambia yang menjadi negara terakhir menyertai temasya di Gold Coast.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Mark Peters menjelaskan penyertaan Gambia yang disahkan bulan lalu menjadi punca kesalahan cetakan itu.

Bagaimanapun, England dan Gambia tidak ‘bertelagah’ dengan isu terbabit dengan England turut menolak tawaran untuk cetakan semula.

“Kami mengetahuinya sejak 10 hari lalu. Kami sudah bertemu dengan England dan menyatakan ‘Tahniah, Komanwel sudah berubah dan sejak Brexit, anda kini sebahagian daripada Afrika.’

“Sebenarnya kami membuat cetakan semula sebanyak 500 unit khas untuk England dan juga Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai rekod yang menyatakan ia dibuat dengan betul.

“Kami merancang untuk meletakkan pelekat namun kami percaya ia akan menjadi lebih bernilai selepas temasya ini kerana kesilapan itu.” – WD MY