PUTRAJAYA, 4 Okt – Terima Kunjungan Hormat……… Datuk Seri Najib Razak, hari ini menerima keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Dataran Perdana Putra, di sini.

Sultan Brunei tiba ke negara ini bagi lawatan rasmi tiga hari sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 antara Malaysia dan Brunei. Baginda turut diiringi isteri, Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Sebaik sahaja Sultan Brunei tiba di pekarangan dataran itu, lagu kebangsaan Brunei dan Negaraku dimainkan oleh Kumpulan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi. Sultan Hassanal Bolkiah selepas itu memeriksa perbarisan ke atas tiga pegawai dan 104 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). – WD MY

LEAVE A REPLY